Membina Item Ujian
Terdapat lima langkah am dalam pembinaan item ujian iaitu yang
pertama menyediakan JSU, menulis item ujian, menyemak item ujian, menilai item
ujian dan membuat kajian rintis terhadap keseluruhan item.
Keseluruhan langkah am penyediaan item ujian ini dapat disimpulkan seperti
rajah berikut ;
rajah : langkah penyediaan item ujian
Langkah awal dalam pembinaan item ujian ialah menyediakan JSU seperti yang
telah dijelaskan sebelum ini, iaitu mengkaji sukatan pelajaran, menganalisis
objektif pengajaran, menentukan jenis soalan dan menentukan bilangan soalan.
Tujuan utama penyediaan JSU ialah supaya item-item ujian yang dibina itu
mewakili keseluruhan kandungan pelajaran mengikut domain dan peringkat objektif
pengajaran yang ditentukan sebelum pengajaran. Sebaik sahaja siap menyediakan
JSU, kita telah bersedia untuk membina dan menulisitem-item ujian. Selepas
semua item ujian siap ditulis, kita perlu menyemak semua item tersebut. Semakan
ini perlu dibuat untuk memastikan perkara-perkara seperti arahan menjawab yang
kurang tepat, bahasa soalan yang sukar difahami dan soalan yang tidak
mengandungi klue ini tidak terjadi. Selepas semua item ujian disemak oleh
penulisnya, item-item ini perlu disemak dan dinilai. Semakan dan penilaian ini
perlu bagi memastikan perkara-perkara seperti arahan menjawab dalam bahasa yang
digunakan dalam soalan adalah mudah difahami oleh murid, soalan dan kehendak
soalan adalaj jelas dan soalan mengandungi maklumat yang cukup untuk murid
menjawab soalan. Soalan-soalan yang dibina adalah mencakupi dan seimbang untuk
mengukur kandungan dan objektif pengajaran yang ditetapkan.
Selepas semua item ujian disemak dan dinilai oleh pakar mata pelajaran,
sebaiknya, kajian rintis dibuat terhadap keseluhan item/ kertas ujian. Kajian
rintis di sini bermaksud kajian awal tentang kesesuaian item-tem kepada murid
yang setara dari segi keupayaan dengan murid sasaran
No comments:
Post a Comment