Jadual Spesifikasi Ujian
Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian
yang ditetapkan. Banyak pertimbangan yang harus dibuat semasa menyediakan
soalan ujian. Ujian sebaiknya mewakili keseluruhan sukatan pelajaran, yang
mungkin merangkumi komponen pengetahuan, kemahiran, dan sikap yang telah
ditetapkan. Pertimbangan ini dibuat bagi memastikan para pelajar diuji dengan
menggunakan soalan yang relevan dengan sukatan pelajaran atau objektif
pengajaran yang telah disampaikan di dalam kelas. Penggubalan kertas ujian
perlu mengikuti pelbagai proses, termasuk penyediaan Jadual Spesifikasi Ujian
(JSU).
JSU adalah sebuah jadual yang menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi
kandungan iaitu konstruk yang ditaksir, pemberatan setiap konstruk, konteks,
san pemberatan taburan aras kesukaran. Tujuan JSU disediakan adalah untuk
menghasilkan set soalan yang lebih berkualiti berbanding soalan yang hanya
disediakan secara spontan dan tidak mengikuti aras ilmu. Selain itu, penyediaan
JSU dapat membantu menghasilkan soalan yang mempunyai kesahan dan keutuhan.
Langkah Pembinaan JSU
Terdapat empat langkah yang perlu dijadikan panduan semasa membina Jadual
Spesifikasi Ujian ini. Langkah-langkah tersebut dijelaskan dalam rajah berikut:
Rajah : langkah pembinaan JSU
Langkah yang pertama adalah mengkaji sukatan pelajaran untuk memperoleh
maklumat yang menyeluruh tentang kurikulum yang telah dibina. Kandungan sukatan
pelajaran perlu dianalisis untuk menentukan kepentingan tiap-tiap tajik
kandungannya. Antara aspek yang dikaji ialah skop dan kedalaman pengajaran bagi
sesuatu tajuk. Pendekatan yang telah diambil oleh guru dalam pengajaran sesuatu
tajuk dan kepentingan bandingan diantara satu tajuk dengan tajuk-tajuk lain
juga diamabil kira. Sukatan pelajaran perlu untuk dianalisis untuk
melihat sejauh mana kompleksiti sesuatu tajuk dan masa pengajaran yang
diperuntukkan masabagi sesuatu tajuk bermain tersebut.
Langkah yang kedua adalah menganalisis objektif pengajaran. Objektif
pengajaran ini dianalisis untuk menentukaan pelajaran, pengetahuan dan
kemahiran yang perlu diuji. Analisis objektif pengajaran ini juga untuk
menentukan tahap kesukaran mana yang perlu diuji. Lazimnya aras pengetahuan dan
kemahiran diasaskan kepada pembahagian yang dibuat oleh Bloom dan
rakan-rakannya dalam kajian mereka. Maklumat-maklumat di atas adalah penting
kepada penggubal kertas kerana ujian dan pembina soalan ujian untuk menentukan
jenis dan bilangan soalan ujian yang perlu dibina. Berdasarkan penganalisaan
inilah JSU dibina. Lazimnya JSU mengandungi tiga paksi utama iaitu paksi
kandungan yang biasanya mengandungi tajuk atau subtajuk, paksi kedua adalah
paksi kemahiran yang biasanya mengandungi aras kemahiran, dan paksi yang ketiga
adalah paksi wajaran yang mengandungi peratus pemberatan setiap tajuk dan
bilangan soalan.
Langkah yang ketiga adalah menentukan jenis soalan yang sesuai. Setelah
menentukan domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang
ingin diukur, kita seharusnya dapat menggubal dan membentuk soalan yang sesuai
berdasarkan tajuk, peringkat atau aras kemahiran seterusnya membina soalan yang
bersesuaian dengan isi pengajaran dan tahap kecedasan murid.
Langkah yang keempat dalam pembinaan JSU adalah menentukan bilangan
soalan. Jumlah soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran
domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang hendak
diukur. Jumlah soalan adalah penting kerana ia mempengaruhi kebolehpercayaan
dan kesahan sesuatu ujian. Kebolehpercayaan ujian adalah keupayaan sesuatu
ujian memberi markah yang sama, sekiranya pelajar menjawab semula ujian
tersebut. Kesahan pula bermaksud keupayaan sesuatu soalan mengukur apa yang
telah digariskan. Selain memberi perhatian kepada kebolehpercayaan dan kesahan
ujian, penentuan jumlah soalan juga perlu mengambil kira masa ujian, jenis
soalan, dan kesukaran ujian, yang bergantung pada objektif pengajaran, panjang
soalan, kemampuan bahasa murid dan lain-lain.
Kepentingan Jadual Spesifikasi Ujian
(JSU)
JSU yang lengkap dibina dengan baik akan sangat membantu penggubal kertas
ujian dan pembina item soalan ujian. Antara kepentingan penyediaan JSU adalah
seperti dapat membina dan menyediakan soalan ujian secara lebih terangcang dan
sistematik. Selain dapat mengelakkan ujian yang dibina secara sembarangan. JSU
akan menjamin kesahan dan kebolehpercayaan soalan, ini berdasarkan
kesahan dari segi pensampelan sukatan pelajaran dapat dijamin. Pembinaan JSU
juga dapat menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari semasa ke
semasawalaupun dibina oleh pembina solan yang berbeza. Soalan yang akan dibina
juga pastinya mengikuti taburan tajuk secara seimbang dan meliputi keseluruhan
pelajaran. Maka dengan itu, perbandingan dapat dibuat diantara satu ujian
dengan ujian yang lain.
Rumusan
Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) merupakan aspek penting dalam penyediaan
sesuatu ujian. Ujian yang tidak mempunyai perancangan yang rapi biasanya tidak
mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Cara yang baik untuk merancang
sesuatu ujian adalah dengan menyediakan JSU yang merupakan rancangan persediaan
item atau soalan. Dalam sesebuah penilaian, JSU mempunyai peranan yang penting
No comments:
Post a Comment