Konsep Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian
Secara menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek hasil
pengajaran dan pembelajaran dan juga hasil program pengajian berbanding
matlamatnya. Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik, dengan
mengambil kira semua faktor yang boleh mempengaruhi guru dalam membuat sesuatu
keputusan dengan tepat. Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah
beberapa konsep penting dalam dunia pendidikan. Sering kali istilah
ini digunakan secara bertukar ganti. Secara khususnya, ketiga-tiga istilah
berkenaan mempunyai makna yang spesifik dan ketiga-tiganya mempunyai
perbezaan.
Pentaksiran
Pentaksiran adalah suatu proses yang meliputi pelbagai kaedah untuk
menentukan tahap sesuatu ciri atau atribut yang diperolehi seseorang individu.
Pengukuran merupakan suatu proses kuantifikasi dengan memberi nilai angka
kepada kewujudan sesuatu ciri dan atribut. Dalam pengajaran dan pembelajaran di
universiti, kewujudan ciri “penguasaan” sesuatu isi kursus yang diajar oleh
pensyarah pada pelajar dikuantifikasikan dengan memberi skor ujian. Pentaksiran
adalah bertujuan sebagai salah satu proses mendapatkan gambaran tentang
prestasi seseorang dalam pembelajaran. Pentaksiran juga dapat digunakan untuk
menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran.
Seterusnya, mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan
pembelajaran serta membantu guru untuk membaiki pengajaran dan pembelajaran.
Melalui pentaksiran yang dijalankan, guru dapat merancang aktiviti pengajaran
dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap
keupayaan murid. Guru dapat melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam
kelas secara efektif dan dapat merancang serta melaksanakan aktiviti tindakan
susulan yang berkesan.pentaksiran merangkumi aktiviti menghurai, merekod,
memberi skor dan mengintepretasi pembelajaran seseorang murid. Pentaksiran yang
baik dapat dinilai melalui beberapa ciri seperti ;
- i. Keobjektifan iaitu berdasarkan ketepatan seseorang pemeriksa memeriksa skrip jawapan.
- Kebolehtadbiran susulan iaitu berdasarkan kelicinan dan kerja-kerja yang dilaksanakan secara berpusat atau berasaskan sekolah.
- Kemudahtafsiran berdasarkan calon iaitu bergantung tentang maklumat tentang calon skor, mendiskriminasikan, dan menepati tujuan mengadakan sesuatu ujian.
iv. Menyeluruh iaitu mengandungi soalan-soalan
yang mewakili semua objektif yang penting.
Terdapat beberapa kaedah yang biasa digunakan dalam menjalankan pentaksiran
iaitu seperti pemerhatian, lisan dan penulisan.
Petaksiran boleh juga dibuat tanpa menggunakan
pengujian. Sebagai contoh, kemahiran melukis seseorang murid boleh diukur
melalui pemerhatian atau pencerapan, sementara pengetahuan dan sikapnya boleh
diukur melalui temubual. Justeru, kita boleh menganggapkan pentaksiran sebagai
proses untuk mendapatkan sesuatu ukuran dengan menggunakan kaedah tertentu,
manakala pengujian pula merupakan salah satu daripada kaedah tersebut.
Pentaksiran tidak bersifat mutlak, misalnya, pengukuran keupayaan mental
seseorang sudah tentu lebih sukar diukur secara tepat berbanding ketinggian
fizikalnya. Ketinggian fizikal seseorang boleh diukur secara tepat dengan
menggunakan alat ukur yang tepat seperti penggunaan pembaris. Seterusnya,
seseorang pelajar yang mendapat skor 90 tidak boleh dianggap mengetahui dua
kali ganda daripada pelajar yang mendapat skor 45, walaupun skor 90 itu dua
kali ganda 45. Seseorang pelajar yang mendapat skor sifar pula tidak juga
boleh dianggap sebagai tidak mempelajari/
mengetahui tentang sesuatu pelajaran yang diajar guru. Ini jelas menunjukkan
ukuran aspek-aspek berkenaan bukanlah petunjuk yang tepat sebagaimana ukuran
ketinggian fizikal pelajar menggunakan pembaris.
Justeru, seseorang guru perlu menggunakan alat
yang tepat bagi menjalankan pentaksiran yang tepat. Jika alat yang digunakan
mempunyai kecacatan, maka sudah pastilah ukuran yang diperoleh juga tidak
tepat.
Pengujian
Pengujian merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan untuk diselesaikan supaya pemerhatian tepat dibuat tentang penguasaan pelajar dalam sesuatu kursus di universiti. Ujian adalah alat ukur. Ujian digunakan bagi mengukur ‘penguasaan’ pelajar dalam sesuatu kursus. Ujian mengandungi satu set tugasan (dalam bentuk tugasan) yang berdasarkan sesuatu kursus bagi merangsang pelajar untuk ‘menunjukkan’ tahap penguasaan mereka dalam kursus berkenaan. Tahap penguasaan pelajar biasanya dikuantifikasikan dengan memberi skor kepada jawapan yang diberi.
Memandangkan ujian merupakan alat ukur yang sering digunakan untuk mendapatkan bukti empirik bagi tujuan penilaian pengajaran dan pembelajaran di universiti, tumpuan perlu diberi bagi membina ujian yang bermutu, mentadbir ujian berkenaan dengan betul dan mentafsir dapatannya dengan tepat. Kita perlu memastikan penilaian terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan sempurna dan boleh dipertahankan. Satu daripada cara-cara memastikan ini berlaku ialah dengan menjalankan pengujian yang berkualiti.
Hasil daripada pemarkahan jawapan pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai “markah” akan diberikan kepada pelajar tersebut. Pengujian menjelaskan tahap berapa baiknya prestasi pelajar yang diuji.
Proses pengujian lazimnya bermula dengan
peringkat persediaan, diikuti pelaksanaan/
pentadbiran ujian dan berakhir dengan
pemeriksaan skrip jawapan. Melalui pengujian inilah seseorang guru mengetahui
sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai pengetahuan, kemahiran atau sikap
yang ingin disampaikan guru.
Kesimpulannya, pengesanan hasil pengajaran dan
pembelajaran boleh dibuat melalui
pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat,
yang dilaksanakan guru dalam bilik darjah. Justeru, kecekapan guru membangunkan
alat pengujian amat penting, malah sama pentingnya dengan penguasaan guru
terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran.
Penilaian
Penilaian adalah konsep yang telah digunakan
dalam pelbagai bidang. Penilaian dilakukan kerana mempunyai matlamat tersendiri.
Dengan mengadakan penilaian, ia akan membolehkan kita membuat anggaran, sama
ada matlamat yang telah ditetapkan itu tercapai atau sebaliknya. Penilaian juga
dapat dianggap sebagai satu cara untuk mendapatkan bukti yang tepat tentang
sesuatu perkara. Maklumat dan bukti ini amat penting dalam menyelesaikan
sesuatu masalah. Misalnya, dalam pendidikan, penilaian dapat menyelesaikan
masalah tentang pencapaian matlamat yang ditetapkan, seperti menguasai
kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) di kalangan murid sekolah rendah.
Dalam membuat penilaian, anda mungkin sering kali berhadapan dengan pelbagai
masalah. Misalnya, tentang persoalan yang ingin diselesaikan, apakah bukti yang
dianggapkan mencukupi atau bagaimana cara mendapatkan maklumat, siapa yang perlu
mendapatkan maklumat dan sebagainya. Dengan memahami konsep pengujian,
pengukuran dan penilaian, kita akan dapat merancang langkah-langkah dengan
lebih teratur dan sistematik bagi mendapatkan maklumat yang tepat. Banyak
definisi telah diberikan kepada istilah “penilaian”.
Penilaian boleh dianggap sebagai proses membuat
pertimbangan atau keputusan
dalam memberikan nilai, mutu, kualiti atau
harga bagi sesuatu benda atau perkara.
Secara menyeluruh, penilaian pendidikan
mencakupi aspek-aspek hasil pengajaran dan
pembelajaran dan juga hasil program pengajian
berbanding matlamat asalnya. Dalam keadaan ini kita boleh mengatakan guru
sebenarnya mengukur pencapaian pelajar melalui ujian yang dijalankan. Tindakan
susulan guru ialah menilai ukuran pencapaian tersebut dengan menggunakan
keputusan ujian itu bersama maklumat lain yang berkaitan. Selain menggunakan
data kuantitatif, penilaian juga boleh dibuat dengan
menggunakan data berbentuk kualitatif seperti
yang diperoleh daripada pemerhatian atau temubual.
Perbandingan Pengujian, Penilaian dan
Pentaksiran
Secara umumnya pengujian,penilaian
dan pentaksiran digunakan untuk menentukan tindakan susulan yang harus
dilakukan oleh pihak tertentu untuk penambahbaikan dalam aspek kaedah,
pendekatan yang digunakan, teknik dan starategi yang akan digunakan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.
Walaubagaimanapun
pengukuran,pengujian, penilaian dan pentaksiran mempunyai konsep yang berbeza
dan setiap daripadanya mempunyai hasil yang berlainan dalam membantu proses
pentaksiran dijalankan secara keseluruhannya. Oleh yang demikian perbezaan
konsep pengujian, penilaian dan pentaksiran ialah:
Aspek Perbandingan
|
Pentaksiran
|
Pengujian
|
Penilaian
|
Definisi
|
Sebuah proses yang menentukan peringkat
pencapaian dan prestasi seseorang individu atau murid
|
Satu alat yang sistematik untuk menilai dan
mengukur perubahan dalam sesuatu aspek tingkah laku.
|
Sebuah proses menentukan perubahan tingkah
laku dan membuat pertimbangan nilai.
|
Tujuan
|
Bagi membuat pengelasan terhadap pencapaian
dan kedudukan dalam pembelajaran
|
Untuk menentukan pencapaian terhadap sesuatu
pembelajaran
|
Memberi maklumat tentang pencapaian objektif
pembelajaran. Kaedah mengajar dan kurikulum
|
Bentuk
|
1. Set ujian bertulis dengan markah
dan gred
|
1. Pemerhatian
2. Ujian lisan
3. Ujian bertulis
|
1. Jadual
2. Gred berdasarkan teknik perangkaan
|
Proses Pelaksanaan
|
Menjalankan proses pengujian menggunakan set
ujian dan kemudian mencatat atau merekod markah serta memberi gred
|
Menyediakan set ujian berdasarkan cara ujian yang ingin dijalankan.
Melakukan pentadbiran semasa menjalankan ujian dan seterusnya
menjalankan pemeriksaan terhadap set ujian yang telah dijalankan
|
Menentukan kaedah pengukuran yang ingin dijalankan dan melakukan proses
pengukuran dan penganalisaan semasa pengukuran dilakukan.
Kemudian proses interpretasi dijalankan sebelim melapor dapatan kajian
dan tindakan
|
Masa
|
Selepas sesi pembelajaran
|
Selepas sesi pembelajaran
|
Boleh dijalankan sebelum, semasa atau
selepas sesi pembelajaran
|
Liputan
|
Terhad kepada sesuatu peringkat pembelajaran
|
Terhad kepada sesuatu kemahiran atau
pembelajaran yang telah disampaikan
|
Menyeluruh terhadap sesuatu pembelajaran
sehingga kepada keseluruhan sesebuah kurikulum
|
Keputusan
|
Menunjukkan pencapaian secara relatif
|
Menunjukkan prestasi sesuatu kemahiran atau
penguasaan pembelajaran yang spesifik
|
Menunjukkan pencapaian keseluruhan seseorang
individu namun tidak hanya menggambarkan kebaikan individu tersebut.
|
No comments:
Post a Comment