Taksonomi Bloom
Taksonomi Bloom
Taksonomi ialah kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam
pengelasan organisma berdasarkan persamaan dan perbezaan sifat organisma itu. (
kamis Dewan Edisi Keempat, (2005)). Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah
satu model yang biasa digunakan untuk menganalisis bidang-bidang pendidikan. Ia
berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang
seperti pengetahuan, kesikapan dan psikomotor. Terdapat tiga domain dalam
pendidikan iaitu yang pertama domain kognitif yang melibatkan pemikiran pelajar
dimana menekankan aspek intelektual seperti pengetahuan, pengertian, dan
ketrampilan berfikir. domain afektif yang melibatkan perkembangan sikap,
perasaan ,emosi, nilai pelajar seperti minat, sikap, apresiasi dan cara
penyesuaian diri. Dan seterusnya adalah domain psikomotor yang melibatkan
perkembangan kemahiran fizikal pelajar.
Domain Kognitif Taksonomi Bloom merupakan satu aras yang digunakan sebagai
elemen di dalam pentaksiran. Ia pertama kali diperkenalkan oleh Benjamin S.
Bloom pada tahun 1959. Taksonomi di dalam konsep ini bermaksud cabang kognitif
iaitu elemen yang melibatkan otak dan pemikiran manusia.
Domain Taksonomi Bloom
Domain taksonomi Bloom menitik beratkan aspek kognitif atau pengetahuan.
Taksonomi ini bercorak hierarki iaitu dari tahap rendah kepada tahap tinggi.
Terdapat enam elemen dalam domain kognitif Taksonomi Bloom ini.
Elemen – elemen tersebut pula telah dibahagikan kepada dua aras pemikiran iaitu
pemikiran aras rendah dan pemikiran aras tinggi. Dalam taksonomi ini,
kita akan mengkaji kesemua aspek taksonomi dari terendah hingga lah yang
tertinggi. Berikut adalah hierarki Taksonomi Bloom berdasarkan apa yang telah
dinyatakan oleh Benjamin S Bloom.
Rajah 1 : hierarki Taksonomi Bloom
Elemen-elemen dalam Aras Taksonomi
Bloom
Elemen pertama adalah aras pengetahuan iaitu aras taksonomi yang paling
rendah. Aras ini menguji sejauh mana keupayaan pelajar untuk mengingat kembali
fakta atau pengetahuan yang telah dipelajari. Terdapat tiga peringkat dalam
aras pengetahuan ini iaitu yang pertama pengetahuan fakta khusus berkaitan
dengan istilah berbentuk perkataan atau simbol. Aras yang kedua adalah
pengetahuan tentang proses, aliran, pemeringkatan, penjenisan, teknik atau
prosedur tertentu dalam menyelesaikan masalah. Dan aras yang ketiga adalan
pengetahuan tentang perkara yang bersifat sejagat dan abstrak dalam sesuatu
bidang contohnya seperti siapa, apa, di mana, bila dan beri. Ciri-ciri khusus
soalan aras pengetahuan ini ialah murid perlu menggunakan proses mental untuk
mengingat semula apa yang telah dipelajari seperti istilah, fakta, prinsip dan
prosedur bergantung kepada apa yang telah diajar oleh guru di dalam kelas.
Elemen yang kedua ialah aras kefahaman. Aras ini memerlukan keupayaan murid
memberi huraian atau makna sesuatu perkara. Aras kefahaman ini terbahagi kepada
tiga iaitu yang pertama penterjemahan yang memerlukan murid menterjemah bahasa
lain ke bahasa lain tanpa menggubah makna asal. Yang kedua adalah mentafsir
atau intepretasi iaitu mentafsir idea dan menerangkan idea atau maksud tersurat
dalam ayat sendiri. Manakala yang ketiga adalah ekstrapolasi iaitu membuat
inferens tentang apa yang akan berlaku pada masa hadapan berdasarkan maklumat
yang diberi. Ciri-ciri soalan bagi aras kefahaman adalah seperti membuat
interpretasi mudah dan menunjukkan bukti kefahaman dan dapat menggunakan ayat
dan maklumat untuk diubah kepada bentuk yang baru.
Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras kefahaman ini adalah
seperti jelaskan, huraikan, terangkan, mengapakah, bezakan, nyatakan dan
kelaskan.
Elemen yang ketiga adalah aras aplikasi. Aras ini menguji keupayaan pelajar
menggunakan konsep, teori, prinsip, hukum dan prosedur. Aras ini memerlukan
murid benar-benar memahami segala konsep, teori, hukum untuk menyelesaikan
masalah. Soalan aras aplikasi biasanya memerlukan penggunaan proses aplikasi
mental. Soalan aras ini biasanya melibatkan tiga frasa. Perkataan yang sering
digunakan dalam soalan bagi aras ini adalah seperti selesaikan, tunjukkan dan
susunkan.
Elemen yang berikutnya adalah aras analisis. Aras ini mengkehendaki murid
untuk memecahkan sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil dan memperlihatkan
pertalian antara unsur-unsur. Aras ini menekankan keupayaan pelajar
mengenalpasti unsur – unsur dan struktur. Jenis-jenis aras analisis adalan yang
pertama aras analisis unsur iaitu memerlukan murid menentukan unsur-unsur.
Murid juga perlu mencari bukti untuk menyokong unsur yang sedia ada. Aras kedua
adalah analisis hubungan iaitu membuat perkaitan bukti dan hipotesis. Dan yang
ketiga adalah aras analisis prinsip iaitu murid perlu mengenal pasti prinsip
sesuatu organisasi yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu dengan menganalisis
tujuan, pandangan dan pendirian. Ciri-ciri soalan aras analisis ialah soalan
tersebut menggunakan proses mental analisis dan memerlukan pemahaman
perhubungan khasnya dengan memecahkan kepada komponen dan melihat perkaitan
antara komponen.
Elemen yang kelima adalah aras sintesis. Aras ini memerlukan keupayaan
murid untuk menggabungkan sesuatu struktur yang lebih jelas. Kategori soalan
bagi aras sintesis ini penghasilan satu komunikasi unik iaitu pembinaan suatu
komunikasi dimana murid cuba menyampaikan suatu idea, perasaan atau pengalaman
kepada orang lain. Contohnya kebolehan menulis dengan susunan dan gaya yang
menarik untuk menyampaikan buah fikiran. Kategori yang kedua adalah penghasilan
suatu rancangan atau pelan operasi dan yang ketiga adalah kategori membina
suatu hubungan yang abstrak. Ia melibatkan kebolehan membina atau membangunkan
set hubungan yang abstrak seperti teori, hipotesis untuk menghuraikan sesuatu
fenomena atau mengklasifikasikan fakta. Contohya kebolehan membuat deduksi
berdasarkan maklumat yang diberikan dan dapat membuat suatu teori daripada data
atau faktor yang diberi.
Elemen yang terakhir adalah aras penilaian. Aras ini menguji keupayaan
murid menilai sesuatu perkara berasaskan kriteria yang perlu diketahui. Murid
perlu membuat pertimbangan tentang nilai sesuatu idea hasil kerja penyelesaian
bahan, sesuatu idea atau sebagainya. Pertimbangan dibuat dengan piawaian
tertentu seperti tepat, berkesan, memuaskan, baik, buruk dan lain-lain.
Ciri-ciri khusus aras penilaian ini adalah murid perlu membuat pertimbangan
nilai ke atas sesuatu bahan, idea, kaedah bagi sesuatu tujuan. Membuat
penelitian dan pertimbangkan sejauh mana sesuatu bahan atau kaedah memenuhi
sesuatu kriteria. Pertimbangan dalam penilaian juga dikategorikan kepada dua iaitu
pertimbangan dari segi bukti dalaman iaitu menilai ketepatan sesuatu,
menggunakan bukti-bukti logik, ketekalan dan lain-lain. Contoh kebolehan
menunjukkan kesilapan-kesilapan dari segi logik dalam sesuatu hujah yang
dikemukakan oleh seseorang. Kategori kedua adalan pertimbangan dari segi
kriteria luaran iaitu penilaian bahan yang merujuk kepada beberapa kriteria
yang dipilih atau yang diingati. Contohnya perbandingan mengenai teori-teori
utama, generaliasasi dan fakta mengenai kebudayaan tertentu.
Rumusan
Taksonomi dalam pendidikan dibahagikan kepada 3 domain. Takonomi Bloom
menghuraikan aras yang terdapat dalam domain kognitif yang melibatkan
perilaku-perilaku yang menekankan aspek intelektual, seperti pengetahuan,
pengertian, dan ketrampilan berfikir. Domain kognitif ini mengandungi enam
elemen yang terdiri dariapda dua aras iaitu aras pemikiran mudah dan aras
pemikiran tinggi. Elemen tersebut adalah pengetahuan, pemahaman, aplikasi,
analisis, sistesis dan penilaian.
Elemen ini disusun secara menaik mengikut aras pemikiran iaitu dari aras
mudah kepada aras pemikiran tinggi