Menurut
Patterson dan Eisenberg (1983) menyatakan bahawa kaunseling sebagai
satu proses pertemuan secara bersemuka di antara seorang kaunselor
dengan kliennya yang akhirnya membawa perubahan kepada klien tersebut.
Setiap individu mempunyai kebolehan dan keupayaan untuk memperkembangkan
diri mereka. Berdasarkan kepercayaan ini maka terapi dalam bimbingan
dan kaunseling diwujudkan untuk meneroka perkembangan tersebut. Terapi
dalam bimbingan dan kaunseling bagi sistem sekolah berdasarkan ciri-ciri
seperti ia merupakan satu proses yang berterusan, bersifat pendidikan,
berdasarkan tingkah laku dan konsep kendiri serta peranan klien yang
mempunyai hak untuk memilih. Fokus utamanya berdasarkan prinsip-prinsip
berikut iaitu :
• Harga diri individu adalah paling mutlak ;
• Setiap individu adalah unik;
• Sikap dan persepsi kendiri individu ialah asas dimana seorang individu bertindak;
• Individu-individu bekerja untuk meningkatkan konsep kendiri mereka;
• Individu-individu
mempunyai kebolehan dalaman untuk belajar dan boleh dibantu untuk
membuat keputusan ke arah proses arah kendiri agar serasi dengan
persekitaran mereka.
• Individu-individu memerlukan proses bantuan bimbingan daripada peringkat perkembangan kanak-kanak kepada peringkat dewasa.
Harga
diri individu adalah paling mutlak. Ini kerana, harga diri seseorang
adalah sesuatu yang perlu dijaga dan dihormati. Murid perlu dilatih
untuk menghargai diri mereka. Hal ini kerana, setiap individu adalah
yang unik. Individu itu dikatakan unik dari segi baka, bakat, minat
serta kebolehan yang ada. Sikap dan persepsi kendiri individu ialah asas
dimana seorang individu itu bertindak. Ini disebabakan oleh sikap
seseorang mampu mendorong mereka melahirkan pandangan yang mungkin tidak
sama dengan orang lain. Pandangan itu lahir mungkin disebabkan oleh
persepsinya dalam berhadapan dengan masalah. Contohnya seorang murid
menghadapi masalah ponteng kelas. Murid ini berpandangan masuk kelas
merupakan satu keaadaan yang membosankan. Maka sikap serta persepsi yang
tertanam di dalam pemikirannya itu telah membawa murid tersebut ke arah
satu tindakan demikian. Dengan itu, sikap serta persepsi secara tidak
langsung adalah asas kepada tindakan yang dibuatnya.
Individu
mempunyai kebolehan dalaman untuk belajar dan bolh dibantu untuk
membuat keputusan kea rah kendiri yang baik. Hal ini kerana setiap
individu pada dasarnya mempunyai satu tingkahlaku yang baik dan unik
yang boleh dibimbing, dibentuk atau digilap dengan pendekatan dan cara
yang betul. Keupayaan membimbing murid-murid ini dengan gaya yang betul
akan membuatkan mereka lebih serasi dengan persekitaran disekolah pada
amnya.
Dalam
pada itu juga, setiap individu memerlukan proses bantuan bimbingan
daripada peringkat perkembangan kanak-kanak kepada peringkat dewasa. Ini
kerana, dalam membentuk satu tingkahlaku yang baik dikalangan
kanak-kanak iaitu murid sekolah mereka ini perlu diberi pendedahan
berkaitan dengan tingkahlaku yang baik. Ini bertujuan supaya mereka
dapat membanding beza di antara sikap yang positif dan negatif dalam
kehidupan seharian. Pendedahan kepada masalah tingkahlaku juga secara
tidak langsung membimbing mereka apabila dewasa kelak telah mampu
mendisiplinkan diri dengan sikap yang baik ynag disenangi oleh semua
orang.
Setiap
individu mungkin memerlukan maklumat dan bantuan kendiri daripada
seorang kaunselor yang cekap dan professional maka menjadi tugas seorang
ahli kaunselor untuk menolong individu terbabit untuk menjadi manusia
yang seimbang dan mencapai potensi mereka. Kesimpulannya, bimbingan dan
kaunseling membolehkan seseorang individu mencapai potensinya dengan
sepenuhnya. Jika dibimbing dengan baik maka setiap individu dapat
mencapai potensi dirinya secara optimum. Untuk mencapai tujuan tersebut
maka terapi dalam bimbingan kaunseling diwujudkan melalui jenis- jenis
terapi berikut iaitu :
1. Terapi Perkembangan
2. Terapi Pencegahan
3. Terapi Pencegahan
4. Terapi Intervensi Krisis
1) Terapi Perkembangan
Tujuan
utama terapi ini diadakan ialah untuk membantu dan membimbing
murid-murid untuk mencapai kejayaan dalam sistem sekolah. Oleh itu satu
program telah dirangka untuk mencapai tahap perkembangan potensi
individu secara menyeluruh. Antara kemahiran-kemahiran yang boleh
dicapai melalui program terapi ini ialah melalui mod pengajaran bilik
darjah,kaedah bimbingan secara kumpulan dan program atau projek sekolah
seperti hari kerjaya,kursus motivasi serta seminar-seminar untuk
mencapai kecemerlangan akademik. Hasil daripada kemahiran yang telah
dicapai boleh dilihat melalui tiga bidang iaitu perkembangan
kendiri/sosial, perkembangan pendidikan dan perkembangan kerjaya
murid-murid.
Bimbingan
terapi perkembangan ini merujuk kepada aktiviti-aktiviti yang berusaha
untuk memotivasikan individu supaya dapat membentuk personality dan
konsep kendiri yang positif. Tujuannya adalah untuk membawa klien ke
arah mencapai prestasi diri yang lebih baik. Contohnya, guru kaunseling
melakukan satu aktiviti mengedarkan satu borang personaliti bagi untuk
kenalpasti potensi diri serta bakat yang tersembunyi. Borang ini boleh
diberi semasa sesi seminar mengenal personality diri. Secara tidak
langsung klien atau murid tertarik untuk mengetahui ciri-ciri
personality yang mereka ada, yang sebelum ini tidak pernah diketahuinya.
Guru
bimbingan dan kaunseling boleh menggunakan pelbagai alat penilaian
untuk mengukur pencapaian murid-murid yang terlibat dalam terapi
perkembangan. Antaranya ialah seperti berikut :
• Hasil pembelajaran perkembangan yang berintegrasi dan berperingkat;
• Penilaian yang berdasarkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah;
• Resos-resos profesional;dan
• Pendidikan pos sekolah menengah dan bahan-bahan dan program-program yang berkaitan dengan kerjaya.
Hasil pembelajaran perkembangan yang berperingkat.
Melalui terapi perkembangan yang dibuat secara berperingkat ini guru
kaunseling dapat melihat perubahan tingkahlaku yang dialami oleh
kliennya itu. Seterusnya penilaian boleh dibuat berdasarkan proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Melalui pemerhatian
di dalam bilik darjah guru kaunseling boleh bertanyakan guru kelas
berkaitan dengan perkembangan perubahan tingkahlaku murid berkenaan sama
ada baik atau pun sebaliknya. Selain daripada itu, guru kaunseling juga
boleh merujuk kepada resos-resos profesional dengan bantuan teori yang
bersesuaian.
2) Terapi Pencegahan
Tujuan
utama bimbingan terapi pencegahan ialah untuk mencegah murid-murid
daripada menghadapi masalah penyesuaian. Bimbingan atau terapi
pencegahan ini juga merujuk kepada penggunaan pendekatan untuk mencegah
atau menyekat kemungkinan berlakunya aktiviti yang tidak diingini.
Contohnya seperti aktiviti penyalahgunaan dadah, AIDS, kelakuan tidak
bermoran dan sebagainya. Oleh itu kaunselor bimbingan akan melibatkan
diri dalam satu program bimbingan dan kerjaya pencegahan komprehensif
dengan menggunakan strategi –strategi berikut :
1. Intervensi awal; dan
2. Memberikan
respon dengan serta-merta kepada murid-murid yang sedang menghadapi
masalah atau krisis yang mengganggu pembelajaran mereka.
Intervensi
awal atau lebih dikenali sebagai pemulihan awal. Bak kata pepatah cegah
sebelum merebak. Guru kaunseling boleh mengadakan sesi kaunseling untuk
mencegah masalah yang dihadapi oleh murid. Sebagai contoh segalanya
bermula dengan proses pembelajaran dan pengajaran yang berlaku di dalam
bilik darjah. Melalui cara ini guru kelas dapat mengenalpasti sebarang
masalah yang dihadapi oleh murid di dalam kelas. Hanya guru kelas
merupakan orang yang paling hamper dengan muridnya ketika berada di
dalam kelas. Seandainya masalah sudah dapt dikenalpasti dengan cepat
maka dengan itu intervensi awal boleh dilaksanakan. Secara tidak
langsung juga dapat meberi satu respon dengan serta- merta kepada murid
yang menghadapi masalah atau krisis diri.
Bagi
mencapai matlamat tersebut, kaunselor juga menggunakan
strategi-strategi seperti menyediakan maklumat lengkap mengenai
masalah-masalah yang dihadapi klien, bimbingan dan kaunseling individu
dan kumpulan, konsultasi dengan guru-guru lain dan ibu bapa serta
merekodmendasikan masalah klien kepada pakar-pakar lain dan ibu bapa.
Alat penilaian yang digunakan oleh kaunselor dalam terapi pencegahan
ialah penilaian individu, aktiviti sokongan pembelajaran yang
dikordinasikan oleh murid-murid dan perancangan sistematik dari sekolah
rendah ke sekolah menengah. Bagi murid-murid yang menghadapi masalah
akademik dan penyesuaian yang serius maka kaunselor perlu menggunakan
terapi pemulihan untuk membantu mereka.
3) Terapi Pemulihan
Terapi bimbingan pemulihan ialah satu integrasi strategi bimbingan dan kaunseling dengan aktiviti bilik darjah. Tujuan utama adalah
menggunakan teknik-teknik bimbingan dan kaunseling untuk membantu
murid-murid yang mempunyai masalah dalam proses pendidikan. Selain itu,
untuk mengurangkan masalah pendidikan antara murid-murid dan sekolah.
Bimbingan penyediaan kemudahan juga boleh diketengahkan dengan merujuk
kepada kes-kes penempatan dalam bidang kerjaya, penyelesaian masalah
kemudahan yang berkaitan dengan bidang kurikulum dan kokurikulum.
Di antara beberapa aktiviti sokongan pendidikan oleh ahli-ahli kaunselor dalam proses terapi pemulihan ialah merancang
aktiviti-aktiviti kelab, menstrukturkan rancangan pengajaran untuk
meningkatkan pencapaian murid dan pengajaran pemulihan yang biasanya dijalankan sama ada masa sistem persekolahan ataupun di luar masa persekolahan.
Pengajaran pemulihan biasa digunakan dalam terapi bimbingan ini kerana ia berbeza dari pengajaran biasa. Antara aspek-aspek penting dalam proses terapi pemulihan ialah :
• Membekalkan kemahiran belajar;
• Menyiasat dan menyemak kehadiran murid-murid ke sekolah;
• Meningkatkan ilmu kendiri;
• Membincang kemungkinan untuk pendidikan masa depan;dan
• Membincang profesion, kerjaya dan kehidupan bekerja.
Membekalkan
kemahiran belajar kepada murid. Contohnya menyatakan kebaikan serta
kelebihan kaedah belajar secara individu ataupun secara berkumpulan. Ini
membantu murid mengetahui kecenderungan mereka untuk mempersiapkan diri
apabila mengahadapi ujian mahupun peperiksaan. Seterusnya menyiasat dan
menyemak kehadiran murid-murid ke sekolah. Dengan berbuat demikian,
guru kaunseling dapat mengenalpasti mana-mana murid yang bermasalah
untuk datang atau hadir ke sekolah.
Meningkatkan
ilmu kendiri. Bantuan daripada guru kaunseling untuk membimbing murid
meningkatkan ilmu kendiri yang beraitan dengan diri murid itu sendiri.
Peningkatan ilmu kendiri di kalangan murid membantu mereka menerima baik
buruk tingkahlaku yang telah sedia ada di samping berusaha untuk
memupuk satu sikap yang baik dari semasa ke semasa dengan terapi yang
ada.
Dalam
membimbing murid-murid yang lemah dalam bidang akademik kaunselor mesti
mengambil inisiatif untuk bekerjasama dengan doktor, ibubapa atau
pakar-pakar pendidikan yang dapat menyumbang kepada penelesaian spesifik
yang dihadapi oleh murid-murid. Sesunggunya kelemahan dan kekurangan
ini dapat di atasi dengan cara yang baik seandainya semua orang di
sekeliling bergabung bersatu hati dan peka dengan perkembangan perubahan
tingkalaku anak masing-masing.
4) Terapi Intervensi Krisis
Terapi
ini diadakan untuk membantu kaunselor menghadapi serta mengendalikan
situasi-situasi kritikal atau kejadian-kejadian yang berlaku dalam
kehidupan klien-kliennya. Sebuah krisis didefinisikan sebagai datu
situasi atau kejadian di mana seorang individu rasa tertekan atau
mempunyai masalah menyesuaikan diri dalam sesuatu situasi. Sebuah krisis
mungkin disebabkan oleh kejadian seperti kamatian ahli
keluarga,kehilangan pekerjaan atau terputusnya hubungan persahabatan.
Pada masa inilah pelbagai perasaan akan dialami dan respon yang berbeza
terhadap sesuatu krisis.
Bimbingan krisis adalah
satu pendekatan bimbingan yang merujuk kepada kes-kes kritikal.
Contohnya adalah seperti bertumbuk dengan tujuan untuk mencederakan
seseorang, percubaan membunuh orang atau diri sendiri, mengalami masalah
mental atau terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
Tujuan utama terapi kaunseling krisis ini ialah :
• Untuk mengurangkan stres/ketegangan dan kekecewaan di sekolah
• Untuk meningkatkan keyakinan mengenai kemahiran dan kebolehan di tempat kerja
• Menstabilkan emosi
• Meningkatkan produktiviti
• Mengurangkan kebimbangan dan tingkah laku yang tidak di ingini.
• Mengurangkan dan mengikis sikap dan perasaan negatif
• Mengurangkan penderitaan emosi disebabkan krisis
Kebanyakan
guru bimbingan dan kaunseling mendapati bahawa murid-murid yang
mengalami krisis mental menunjukkan ciri-ciri seperti tidak boleh
menyebut perkataan dengan tepat, tidak boleh menyusun perkataan untuk
membina ayat,membaca dengan kadar lambat,tidak boleh membaca langsung
dan penumpuan terhadap pengajaran guru yang singkat.
Justeru itu para kaunselor telah menyediakan sembilan langkah untuk yang boleh digunakan dalam terapi intervensi krisis iaitu :
1. Pendidikan
Kaunselor akan memberikan maklumat,aktiviti dan struktur yang akan membantu individu memulih dan bergerak daripada krisis.
2. Pemerhatian dan Kesedaran
Kaunselor
akan meningkatkan pemerhatian dan kesedaran terhadap individu dan
menggalakkan pemulihan melalui pilihan yang diberi kepada individu
tersebut.
3. Menggunakan Potensi Individu
Kaunselor
akan membimbing murid-murid untuk memahami potensi individu bagi
menghadapi krisis bagi pertumbuhan kendiri serta member peluang kepada
mereka untuk menemui potensi kendiri tertinggi.
4. Memahami Masalah
Kaunselor
akan membantu klien-klien untuk memahami cara-cara yang paling penting
dalam menyelesaikan masalah peribadi dengan resos-resos dan kebolehan
yang ada semasa sesuatu krisis berlaku.
5. Mewujudkan Struktur yang Berkaitan
Kaunselor akan membantu individu menjadi aktif dalam cara-cara untuk menamatkan sesuatu krisis.
6. Mencabar Kepercayaan yang Tidak Rasional
Kaunselor
akan meyakinkan murid-murid untuk menerima kenyataan bahawa krisis
ialah masa kesedihan dan caramereka respon adalah penting. Murid-murid
akan merasa yakin jika mereka dapat mengatasi masalah.
7. Menghapuskan Tingkah Laku Adiktif
Kaunselor
boleh menasihati klien tidak terjebak gejala negatif kerana setengah
dari sesuatu krisis adalah hasil daripada (adiksi)
8. Mencipta Penggantungan Sementara
Kaunselor
boleh membimbing individu-individu untuk membina hubungan ringkas yang
sementara kerana penggantungan sihat ini boleh menolong mereka berkongsi
kesedihan dan kesakitan mereka.
9. Menghadapi Ketakutan dan Kesakitan Emosi
Kaunselor akan mengingatkan klien bahawa menghadapi kesakitan emosi adalah respon yang paling sihat semasa krisis berlaku.
PERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU PEMBIMBING.
Tidak
semua sekolah mempunyai guru bimbingan dan kaunseling,maka guru biasa
juga boleh memainkan peranan sebagai seorang guru bimbingan dan
kaunseling bagi menghindari masalah-masalah dalam sistem persekolahan.
Ini kerana guru biasa lebih mengenali murid-murid mereka dalam bilik
darjah dengan baik dan dapat membekalkan maklumat yang berkaitan dengan
tingkahlaku murid-murid mereka.
Antara peranan guru biasa sebagai guru bimbingan dan kaunseling ialah meneliti kedua-dua keperluan intelektual dan psikososial murid-murid, memahami pencapaian akademik murid-murid yang rendah berkait
dengan konsep kendiri yang rendah, bekerja dengan kumpulan klien
spesifik dan mengendalikan sesi-sesi konsultasi dengan ibu bapa serta
mengendalikan penyelidikan dalam sekolah untuk menyediakan keperluan dan
profil murid-murid. Guru biasa juga perlu dibekalkan dengan ilmu dan
kemhiran-kemahiran dalam bimbingan dan kaunseling seupaya mereka dapat
membantu murid-murid yang menghadapi masalah “vandalism” atau mereka
yang tidak dapat menumpukan perhatian dalam bilik darjah.
Dalam proses bimbingan dan kaunseling, guru-guru biasa perlu menjalankan prosedur tertentu untuk membimbing murid iaitu :
1. Mengenalpasti murid-murid yang bermasalah atau menunjukkan kendiri yang rendah
2. Mengumpul data-data mengenai murid-murid yang bermasalah yang berkait dengan kebolehan dan pengalaman lampau
3. Memberikan sesi kaunseling kepada murid-murid tersebut sama ada secara individu atau berkumpulan.
Selain
itu, guru biasa juga perlu menggunakan strategi bimbingan dan
kaunseling untuk memberi bimbingan dan kaunseling kepada murid iaitu membantu murid-murid mengenali kekuatan mereka dan menjadi lebih terbuka serta berkeyakinan, membantu murid-murid lebih jelas mengenai diri mereka sebagai
seorang individu, membantu murid-murid lebih kuat dan yakin, membantu
murid-murid mengatasi isu-isu seperti stres,buli,kebimbangan menghadapi
peperiksaan, persahabatan, masalah keluarga dan sebagainya serta
membantu murid-murid memilih mata pelajaran yang ingin mereka belajar.
Kesimpulannya,
peranan guru biasa sebagai guru pembimbing ini ialah berusaha untuk
menolong murid membuat penyesuaian dalam peribadi, sosial, emosi,
akademik, perkembangan mental dan akhlak. Selain itu, menolong murid
menyediakan perancangan persekolahan bersesuaian dengan kebolehan,
minat, dan perkembangan masing-masing. Guru ini juga turut memberi
kesedaran kepada murid di peringkat awal lagi tentang kepentingan
pelajaran di dalam kehidupan untuk menjadi seorang insan yang berjaya
dalam kehidupan. Bahkan bukan itu sahaja, menolong murid dalam proses
menyelesaikan masalah pembelajaran di samping membimbing membuat
keputusan yang rasional. Akhirnya guru biasa juga menolong murid dalam
membentuk tabiat yang baik, menghargai diri di samping berusaha untuk
bekerjasama dengan ibu bapa dalam mengawasi perkembangan murid dari
semasa ke semasa.